PATROL DENGGI

SK SENAI UTAMA AKAN MENGADAKAN PROGRAM PATROL DENGGI BAGI MEMBERI KESEDARAN KEPADA MURID-MURID DAN WARGA SEKOLAH BETAPA BAHAYANYA PENYAKIT DENGGI

Wednesday, November 4, 2009

PENGURUSAN PENDIDIKAN

‘PENDEKATAN KEPIMPINAN ISLAM’

Menurut Ibrahim Mamat dalam bukunya “Pengetua Sekolah menangani Isu Dan Cabaran Kepimpinan” menjelaskan kepimpinan adalah suatu seni. Pemimpin perlu mengenal watak orang-orang yang dipimpinnya melalui pendekatan-pendekatan tertentu secara individu dan kelompok. Apabila pemimpin pandai memainkan seninya, menyentuh kepentingan orang-orang yang dipimpinnya, maka dia akan dapat raksi yang baik.

Keberhasilan kepimpinan nabi Muhamad s.a.w. terletak pada sekurang-kurangnya empat perkara:

1. Mempimpin dengan berbuat baik, tidak cuma bercakap. Dia tidak hanya memerintah orang lain berbuat sesuatu, tetapi dia sendiri melaksanakannya.

2. Memegang prinsip keadilan. Kepentingan orang-orang yang dipimpin adalah yang utama. Nabi Muhammad s.a.w. mampu menjadi kaya tetapi dia tidak ingin kepada kekayaan; dia lebih suka dengan orang-orang yang dipimpinnya.

3. Penggunaan pendekatan yang tepat: cara individu dan cara kelompok.

4. Ketiadaan benteng pemisah: tidak ada sekatan antaranya dengan orang ramai. Suasana kekeluargaan dan persaudaraan lebih diutamakan. Perhubungan tidak terlalu formal.

SIFAT PEMIMPIN ISLAM

Seseorang pemimpin Islam perlu mempunyai beberapa sifat terpuji:

1. Istiqamah
Ini bererti mempunyai pendirian yang teguh dan diikuti dengan keperibadian yang mantap. Pendirian ini tercermin pada perkataan dan perbuatan, iaitu sesuatu yang diyakini dipertahankan seungguh-sungguh dengan tidak terumbang-ambing oleh pengaruh apa pun.

2. Memelihara diri
Keadaan diri sendiri dihitung dan dianalisis. Apabila terjadi sesuatu kegagalan diri sendiri diperhatikan terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

Rasullah pernah bersabda:
“Berbahagialah orang yang suka meneliti kelemahan dirinya dan tidak mempunyai masa untuk mencari kelemahan diri orang lain; dia bersedia memberi rezekinya yang lebih, serta bersedia mencegah kelebihan ucapannya”.

3. Bijaksana
Ini bererti membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak. Langkah yang dipilih tidak menyinggung orang lain.

4. Tenang
Dengan ketenangan, pilihan yang diambil tidak mudah keliru. Orang-orang bawahan juga tidak hilang kepercayaan terhadap pemimpin.

5. Sabar
Sabar bererti kuat menahan diri agar tidak melakukan sesuatu yang tidak bijak. Dengan bersifat sabar seseorang boleh menang dlaam banyak hal.

6. Tidak takbur
Ini bererti tidak membanggakan diri berlebih-lebihan sama ada dengan perbuatan, perkataan atau sikap.

Allah telah berfirman dalam surah Luqman, ayat 18:
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu, mememekkan orang lain, dan jangan pula engkau berjalan di bumi ini dengan bongkak: sesugguhnya Allah tidak menyukai orang yang bongkak dan angkuh”.

Allah juga berfirman dalam surah Assyura, ayat 215: “Hendaklah kamu bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin, pengikutmu”.

7. Tidak mungkir janji
Segala janji yang dibuat ditunaikan. Kalau pemimpin mungkir janji, kepercayaan orang terhadapnya akan hilang.

8. Adil
Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempat yang semestinya dan memberi samarata. Kewajipan, pembahagian tugas, hukuman dan sebagainya, dilaksanakan dengan wajar.

Rasulullah telah bersabda:
“Hati-hatilah kalian terhadap doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada tabir pemisah antara doanya dengan Allah, walau dia orang kafir sekalipun”.

9. Tabah
Tabah bererti keras kemahuan dan diikuti dengan usaha yang cukup serta tidak cepat putus asa. Orang yang tabah mempunyai keperibadian yang kuat.

10. Tawakkal kepada Allah

Pemimpin yang tawakkal rela akan apa yang ditakdirkan Allah ke atasnya. Dia yakin akan kebijaksanaan Allah. Dia berserah diri sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha sedaya mungkin.

Allah telah berfirman dalam surah Al-Ma’idah ayat 100:
“Katakanlah, tidak akan mengenai kami, kecuali apa yang telah ditentukan Allah ke atas kami. Allah yang menguasai kami. Dan hanya kepada Allah hendaknya orang mukmin berserah diri.”

No comments:

Post a Comment