PATROL DENGGI

SK SENAI UTAMA AKAN MENGADAKAN PROGRAM PATROL DENGGI BAGI MEMBERI KESEDARAN KEPADA MURID-MURID DAN WARGA SEKOLAH BETAPA BAHAYANYA PENYAKIT DENGGI

Tuesday, September 29, 2009

Kursus Imam Pelapis Peringkat Negeri Johor Tahun 2009




~Tujuan & Matlamat Program~
lk
Peranan imam memang tidak dinafikan kepentingan dan keistimewaannya. Oleh itu individu yang menjadi imam sudah semestinya bukan sahaja baik sahsiah atau keperibadiaanya, bahkan perlu mendalami pengisian, amalan dan ilmunya. Justeru itu, modul yang tekal perlu digabungjalinkan secara cemerlang untuk menjuruskan satu set tindakan ilmu dan kemahiran amali yang mempunyai keperibadian sebagaimana yang dikehendaki oleh al-Quran dan as-Sunnah.
lk
Kursus ini diharap dapat menggarap dan menggabungjalinkan pelbagai kaedah untuk menghasilkan pembentukan imam pelapis yang berketrampilan dalam aspek ilmu dan amalan kehidupan beribadah yang dituntut oleh agama Islam secara yang lebih menyeluruh.
lk
~Objektif~
lk
1. Melahirkan personaliti imam yang berilmu, bersahsiah dan berkualiti.
2. Melahirkan imam yang boleh menjadi ` role model`.
3. Melahirkan imam yang berketrampilan di sekolah dan di luar sekolah (masyarakat).
4. Melahirkan imam yang memahami, menghayati dan mengamalkan ciri-ciri kesempurnaan dalam mendirikan solat.

Doa Majlis Perhimpunan

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

lk
Ya Allah Ya Karim,
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ