PATROL DENGGI

SK SENAI UTAMA AKAN MENGADAKAN PROGRAM PATROL DENGGI BAGI MEMBERI KESEDARAN KEPADA MURID-MURID DAN WARGA SEKOLAH BETAPA BAHAYANYA PENYAKIT DENGGI

Saturday, November 28, 2009

Memanfaatkan Cuti Sekolah

lk
Sekarang adalah musim cuti persekolahan. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memastikan cuti persekolahan yang dilalui oleh anak-anak kita, dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
lk
Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah anak-anak ialah :
  • Lakukan aktiviti bercorak kekeluargaan seperti berjalan-jalan, berjogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
  • Bawa keluarga melancong di dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak ataupun paling kurang bawalah anak-anak berkelah di tepi pantai atau di taman rekreasi.
  • Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
  • Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
  • Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
  • Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat suka membaca.
  • Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
  • Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tajwid, tarannum, berzanji dan sebagainya.
  • Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan.

Artikel ini diperoleh daripada sini.

No comments:

Post a Comment