Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hari Raya
Saturday, November 28, 2009
Kursus Pengurusan Panitia dan Dakwah Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai 2009
- Taklimat
- Ceramah 1 : Perancangan Strategik 2009 oleh Ustaz Omar bin Salleh (Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor)
~Hari Kedua~
- Praktikal : Memperkasakan Usrah di Sekolah oleh Ustaz Tuan Hj. Mohd Nor bin Raja Omar (STARP)
- Mesyuarat Panitia Rendah/ Menengah & Dakwah
- Bengkel Perancangan Aktiviti 2009
- Ceramah 2 : Penggunaan ICT dalam Kerja Seharian oleh En. Suhaimi bin Shaarani (Pegawai ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai)
~Hari Terakhir~
- Pembentangan Perancangan 2010
- Rumusan Kursus
- Perasmian Majlis Penutup oleh Tn. Hj. Bahrom bin Ali (Pegawai Pelajaran Daerah Kulai)
Sujud Tilawah & Sujud Syukur
Pada 19 November 2009 yang lalu, telah diumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2009. AlhamdulilLah, atas nikmat kecemerlangan yang telah dikurniakan buat calon-calon UPSR Daerah Kulai. Tahniah, diucapkan kepada calon-calon yang berjaya! Kepada yang kurang berjaya, teruslah berusaha untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan kerana perjalanan kalian masih punya waktu yang panjang.

Di sini, dikongsikan kepada anda semua berkenaan dengan sujud tilawah (selepas membaca ayat sajdah/ mendengarnya) dan sujud syukur (tanda bersyukur kepada Allah S.W.T.)
Sujud tilawah itu sunat dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.
Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam :
Maksudnya : “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”
Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.
Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti :
Ertinya : “Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”
lk
Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya.
Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir. Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula. (Al-Majmuk 3/561)
Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.
Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.
Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)
BACAAN ATAU ZIKIR KETIKA SUJUD TILAWAH
Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir yang di galakkan itu ialah :
Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah, Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”.lk
Maksudnya : “Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud”(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)
Ertinya: “Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana”
Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud sembahyang.
Ertinya : “Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.APA DIA SUJUD SYUKUR ITU?
lk
lk
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
lk
lk
Tafsirnya : “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik".
lk
lk
lk
Memanfaatkan Cuti Sekolah
- Lakukan aktiviti bercorak kekeluargaan seperti berjalan-jalan, berjogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
- Bawa keluarga melancong di dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak ataupun paling kurang bawalah anak-anak berkelah di tepi pantai atau di taman rekreasi.
- Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
- Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
- Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
- Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat suka membaca.
- Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
- Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tajwid, tarannum, berzanji dan sebagainya.
- Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan.
Artikel ini diperoleh daripada sini.
Wednesday, November 4, 2009
PENGURUSAN PENDIDIKAN
SIFAT PEMIMPIN ISLAM
Seseorang pemimpin Islam perlu mempunyai beberapa sifat terpuji:
1. Istiqamah
2. Memelihara diri
Rasullah pernah bersabda:
3. Bijaksana
4. Tenang
5. Sabar
Sabar bererti kuat menahan diri agar tidak melakukan sesuatu yang tidak bijak. Dengan bersifat sabar seseorang boleh menang dlaam banyak hal.
6. Tidak takbur
Allah telah berfirman dalam surah Luqman, ayat 18:
7. Tidak mungkir janji
8. Adil
Rasulullah telah bersabda:
9. Tabah
10. Tawakkal kepada Allah
Allah telah berfirman dalam surah Al-Ma’idah ayat 100:

