PATROL DENGGI

SK SENAI UTAMA AKAN MENGADAKAN PROGRAM PATROL DENGGI BAGI MEMBERI KESEDARAN KEPADA MURID-MURID DAN WARGA SEKOLAH BETAPA BAHAYANYA PENYAKIT DENGGI

Tuesday, September 29, 2009

Kursus Imam Pelapis Peringkat Negeri Johor Tahun 2009




~Tujuan & Matlamat Program~
lk
Peranan imam memang tidak dinafikan kepentingan dan keistimewaannya. Oleh itu individu yang menjadi imam sudah semestinya bukan sahaja baik sahsiah atau keperibadiaanya, bahkan perlu mendalami pengisian, amalan dan ilmunya. Justeru itu, modul yang tekal perlu digabungjalinkan secara cemerlang untuk menjuruskan satu set tindakan ilmu dan kemahiran amali yang mempunyai keperibadian sebagaimana yang dikehendaki oleh al-Quran dan as-Sunnah.
lk
Kursus ini diharap dapat menggarap dan menggabungjalinkan pelbagai kaedah untuk menghasilkan pembentukan imam pelapis yang berketrampilan dalam aspek ilmu dan amalan kehidupan beribadah yang dituntut oleh agama Islam secara yang lebih menyeluruh.
lk
~Objektif~
lk
1. Melahirkan personaliti imam yang berilmu, bersahsiah dan berkualiti.
2. Melahirkan imam yang boleh menjadi ` role model`.
3. Melahirkan imam yang berketrampilan di sekolah dan di luar sekolah (masyarakat).
4. Melahirkan imam yang memahami, menghayati dan mengamalkan ciri-ciri kesempurnaan dalam mendirikan solat.

No comments:

Post a Comment